MAA Takaful sekali lagi buat masa tiga tahun berturut-turut telah memenangi anugerah Produk Paling Cemerlang melalui MAA Takafulink. Di bawah merupakan keratan-keratan akhbar yang melaporkan KECEMERLANGAN MAA Takaful.
MAA Takaful

Tuesday, 21 February 2012
Monday, 20 February 2012
Latar Belakang Syarikat MAA Takaful
Gambar dibawah merupakan sedikit ringakasan dimana tertubuhnya sebuah syarikat pengendali takaful yang terkemuka di Malaysia.
MAA Takaful Berhad adalah hasil
daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad (MAAH)
dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat
takaful yang terbesar di dunia Arab.
Pada
21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani
bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali
sebagai MAA Takaful untuk menjalankan perniagaan takaful.
Pada 3 Mac 2006, Bank Negara
Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk
syarikat usahasama di antara MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain.
Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar
sebanyak RM100 juta and seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah
dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful
Komposit. Hari ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi
25,000.
MAAH memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara itu Solidarity memegang 25% pegangan ekuiti.
MAAH disenaraikan di Papan Utama
Bursa Malaysia Berhad. Anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya
terlibat dalam perniagaan insurans am dan insurans hayat, termasuklah
perniagaan persisir pantai dan reinsurans, perniagaan jual beli, pajak
gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah, pengurusan hartanah,
pengurusan dana dan perunding pelaburan, keselamatan and perkhidmatan
perundingan dan juga pusat dialysis amal. Saban tahun, MAAH telah
mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA
International Assurance Ltd., salah satu syarikat insurans persisir
pantai dalam kumpulan MAAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)